Khamis, Oktober 08, 2009

hidup mesti terus

Apakah perasaan anda apabila dikecewakan insan yang begitu anda sayangi…

Kita akan rasakan seolah2 .. dunia ini sudah berakhir … bukankah begitu ??
Mungkin bagi yang belum pernah rasa kecewa tidak merasakan semua ini ..dan bagi yang hanya tahu mengecewakan orang mungkin hanya tersenyum membaca kenyataan ini… hakikat ..kecewa atau tidak ..HIDUP MESTI TERUS

Aku tertarik dan suka dengan lagu shaden .. dunia belum berakhir .. walaupun lagu ni dah lama tapi lagu ni begitu memberi makna dalam hidup aku..

Dunia belum berakhir …bila kau putuskan aku… masih banyak teman-teman menemaniku

Begitulah bait-bait lirik lagu tersebut..
Tapi itu bukanlah persoalan yang ingin aku rungkaikan... aku jumpa terlalu ramai perempuan dalam hidup ini.. Cuma apa yang aku tak faham kenapa perempuan ini terlalu lemah ..mudah membuat keputusan ..dan takut untuk menghadapi hari-hari mendatang ..kekadang mereka akan terus berserah pada takdirNya..

Kenapa sedemikian …

Bagi aku hidup didunia hanya sekali..kita buatlah apa yang kita rasa nak buat .. dosa pahala …atas diri kita ..memang lah jika boleh janganlah buat sesuatu yang dilarang dalam Islam … bagi aku jika kita kecewa adalah lumrah dalam kehidupan ..tapi yang aku ingin fokuskan ..kecewa dengan pasangan kita ..bagi perempuan, lelaki adalah segala-galanya ..lebih2 lagi jika lelaki tersebut adalah kekasih hati … dan bila berlaku sesuatu yang tidak diingini ..perpisahan …
Bila terjadinya perpisahan … perempuan terus merasakan hidup ini dah tak berguna lagi…antara ayat2 porpular yang pernah tergiang-giang di telinga aku …selama aku kenal perempuan…

Entahlah …rasa macam dah malas nak fikir biarlah jodoh datang sendiri
Aku tak dapat lupakan sidia …ialah cinta pertama
Skrg aku dah tak nak bercinta lagi …menyakitkan jer

( padahal lelaki yang mengecewakan dia sedang bersenang lenang dengan kekasih baru ..perempuan ini terus menangis dan menangis dan menangis ,. Sehingga ada yang tergamak menyalahkan takdir…bagi yang pernah menyerahkan “dara” ..tangisan mungkin akan bertambah kuat dan syahdu ..sehinggakan ada yang mengambil keputusan bunuh diri .. Nauzubillah …bangkitlah wahai perempuan .. tak guna ditangisi semua itu.. lelaki tetap lelaki ..)

Perempuan …hidup ini hanya sekali ..aku sendiri rasa bersyukur andai aku di kecewakan ..kerana dalam hidup tidak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan ..bagi aku HIDUP MESTI TERUS…jika hidup kita tidak merasai semua itu..hilanglah satu nikmat dunia.. cinta pertama bukan bermakna ianya kan jadi milik kita…tetapi bercinta selepas di ijab kabulkan adalah lebih bererti …lebih mulia lebih sempurna..tapi ianya mungkin sukar bagi perkahwinan yang di aturkan.. tp bila kita fikirkan inilah yang terbaik untuk kita,.. kita terimalah seadanya..

Cuba tanya dalam diri ..
Jika dia cinta pertama kita ..adakah kita ini cinta pertama dia ?? belum tentukan… cinta, kasih dan sayang, hanya MILIK ILAHI. kita hanya pinjam sementara… Aku dia dan cinta …sampai masa pergi jua …HIDUP MESTI TERUS…

1 ulasan:

  1. hidup ini penuh warna warni..
    adakala kita dapat warna yang kita inginkan..
    adakalanya tidak..
    itulah kehidupan...

    BalasPadam