Ahad, November 15, 2009

sebelum bertemu jodoh

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa- apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang memberi seseorang .Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak ,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia . Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Isnin, Oktober 19, 2009

CINTA TAK PERLU DI PAKSA

CINTA TAK PERLU DI PAKSA

Sebuah lagu yang pernah di popularkan oleh kumpulan Budak Kaca Mata ..tapi di sebalik lagu tersebut ada sesuatu yang menarik hati aku untuk mengulas lebih mendalam erti sebenar tentang hakikat sebuah cinta..yang tak perlu di paksa.

Cinta ..ada apa dengan cinta ? Mengapa perlu memaksa dalam percintaan.. bila sesebuah cinta sudah di materai ..(declare ) bermulalah sebuah perhubungan yang menyerabutkan otak fikiran ..tipulah jika seseorang itu menyatakan dia sentiasa bahagia dalam percintaan tanpa sedikit pun rasa terluka.. hubungan tu mungkin tidak normal..

Aku bukan ingin fokuskan kepada ketidaksetiaan pasangan..aspek tu semua pernah alami .. lebih2 jika terjumpa yang playboy atau playgirl ..masaklah jawabnya.. apa yang ingin aku kongsi dalam post aku kali ni tentang MEMAKSA DALAM BERCINTA

Bagi aku sesebuah hubungan walaupun kita terikat ..bagilah pasangan kita kebebasan .. jika dia betul2 sayangkan kita ..ikhlas dalam perhubungan ..kemana pun dia pergi dengan siapa pun dia bersama ..dia akan setiasa ingat pada kita.. bak kata najwa ..dalam lagunya AKU KAU YANG PUNYA…

Jangan Bimbang Sayang Di Mana Ku Berada Dengan Siapa Ku Bersama Jangan Bimbang Ku Tetap Kau Yang Punya

Tetapi .. yang sentiasa menjadi masalah dalam perhubungan adalah mengongkong ..setiap benda yang kita buat setiap tempat yang kita pergi ..semua nak tau semua nak di report..lebih merimaskan lagi jika setiap saat dan minit ingin tau setiap gerak geri kita..kenapa erk ?? perlukah semua ini ?? jika kita inginkan kebebasan ..berilah pasangan kita kebebasan.. jika dia pergi maknanya dia sudah tersurat bukan jodoh kita .. percayalah sekuat mana sedalam mana pun cinta kita ..sehebat mana pun ..jika dia bukan jodoh yang telah di tetapkan untuk kita ..dia tetap akan melangkah pergi..dan tak kan menoleh lagi..

Cinta itu membosankan .. itulah yang kan terjadi sekiranya kita terlalu mendesak dan memaksa pasangan kita menjadi yang terbaik untuk diri kita ..sedangkan kita sendiri belum tentu menjadi yang terbaik untuk pasangan kita ..sedarlah manusia itu lemah ..tidak sempurna dan ada kelemahan.. dan manusia bukanlah robot.. yang boleh di control.. sebiji belon ..di hembus angin lama2 meletup jua..

Percayalah ..andai benar pasangan kita itu untuk kita ..dia tetap akan menjadi milik kita..jika kita sayangkan anak tangan2kan .. jika sayangkan isteri tinggal2kan.. jika kita sayangkan pasangan kita ..lepaskan lah dia pergi.. jika dia tidak kembali bermakna dia bukan milik kita ..jika dia kembali ..cinta itu milik kita ..CINTA SEJATI

Wahai pasangan yang bercinta janganlah sentiasa memaksa dalam cinta .. cinta yang bahagia bila cinta yang sentiasa meberi dan menerima ..seadanya .. dan bagi pasangan yang di beri kebebasan ..janganlah mengkhianati kebebasan itu.. ALLAH MAHA ADIL.. Jika kita curang satu hari nanti pasangan kita juga akan curang pada kita .. RENUNGKANLAH …

Khamis, Oktober 08, 2009

hidup mesti terus

Apakah perasaan anda apabila dikecewakan insan yang begitu anda sayangi…

Kita akan rasakan seolah2 .. dunia ini sudah berakhir … bukankah begitu ??
Mungkin bagi yang belum pernah rasa kecewa tidak merasakan semua ini ..dan bagi yang hanya tahu mengecewakan orang mungkin hanya tersenyum membaca kenyataan ini… hakikat ..kecewa atau tidak ..HIDUP MESTI TERUS

Aku tertarik dan suka dengan lagu shaden .. dunia belum berakhir .. walaupun lagu ni dah lama tapi lagu ni begitu memberi makna dalam hidup aku..

Dunia belum berakhir …bila kau putuskan aku… masih banyak teman-teman menemaniku

Begitulah bait-bait lirik lagu tersebut..
Tapi itu bukanlah persoalan yang ingin aku rungkaikan... aku jumpa terlalu ramai perempuan dalam hidup ini.. Cuma apa yang aku tak faham kenapa perempuan ini terlalu lemah ..mudah membuat keputusan ..dan takut untuk menghadapi hari-hari mendatang ..kekadang mereka akan terus berserah pada takdirNya..

Kenapa sedemikian …

Bagi aku hidup didunia hanya sekali..kita buatlah apa yang kita rasa nak buat .. dosa pahala …atas diri kita ..memang lah jika boleh janganlah buat sesuatu yang dilarang dalam Islam … bagi aku jika kita kecewa adalah lumrah dalam kehidupan ..tapi yang aku ingin fokuskan ..kecewa dengan pasangan kita ..bagi perempuan, lelaki adalah segala-galanya ..lebih2 lagi jika lelaki tersebut adalah kekasih hati … dan bila berlaku sesuatu yang tidak diingini ..perpisahan …
Bila terjadinya perpisahan … perempuan terus merasakan hidup ini dah tak berguna lagi…antara ayat2 porpular yang pernah tergiang-giang di telinga aku …selama aku kenal perempuan…

Entahlah …rasa macam dah malas nak fikir biarlah jodoh datang sendiri
Aku tak dapat lupakan sidia …ialah cinta pertama
Skrg aku dah tak nak bercinta lagi …menyakitkan jer

( padahal lelaki yang mengecewakan dia sedang bersenang lenang dengan kekasih baru ..perempuan ini terus menangis dan menangis dan menangis ,. Sehingga ada yang tergamak menyalahkan takdir…bagi yang pernah menyerahkan “dara” ..tangisan mungkin akan bertambah kuat dan syahdu ..sehinggakan ada yang mengambil keputusan bunuh diri .. Nauzubillah …bangkitlah wahai perempuan .. tak guna ditangisi semua itu.. lelaki tetap lelaki ..)

Perempuan …hidup ini hanya sekali ..aku sendiri rasa bersyukur andai aku di kecewakan ..kerana dalam hidup tidak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan ..bagi aku HIDUP MESTI TERUS…jika hidup kita tidak merasai semua itu..hilanglah satu nikmat dunia.. cinta pertama bukan bermakna ianya kan jadi milik kita…tetapi bercinta selepas di ijab kabulkan adalah lebih bererti …lebih mulia lebih sempurna..tapi ianya mungkin sukar bagi perkahwinan yang di aturkan.. tp bila kita fikirkan inilah yang terbaik untuk kita,.. kita terimalah seadanya..

Cuba tanya dalam diri ..
Jika dia cinta pertama kita ..adakah kita ini cinta pertama dia ?? belum tentukan… cinta, kasih dan sayang, hanya MILIK ILAHI. kita hanya pinjam sementara… Aku dia dan cinta …sampai masa pergi jua …HIDUP MESTI TERUS…

Isnin, Oktober 05, 2009

aku budak baru belajar

selamat datang .. kepada kengkawan ..tolonglah kawan yang baru nak belajar buat blog...insya Allah kita dapat kongsi sama-sama salam takzim